pengumuman

Pengumuman

TERKINI: Sukacita dimaklumkan kepada semua guru, Mesyuarat Staf (Program Fokus SKKM) pada 02 Mac 2010 (Selasa) Masa :12.40 tengahari (Bilik Mesyuarat).Kehadiran wajib.
_________________________________________________________________________________
Kejohanan Padang dan Balapan MSS Zon Selatan kali ke- 10 akan berlangsung pada 10 dan 11 Februari 2010 dijangka dirasmikan oleh YB Tuan Haji Ahmad Haji Bujang Adun N.28 Sindumin.Kejohanan ini dianjurkan oleh SK. Kuala Mengalong selaku tuan rumah.
_________________________________________________________________________________
Rancangan Khas Siaran Langsung Bersama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
Sukacita Dimaklumkan Rancangan Khas Siaran Langsung Bersama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di TV 1 Setiap Hari Sabtu Jam 11.05 Minit Pagi, bertujuan memberi maklumat terkini tentang aktiviti pendidikan disamping memberi panduan dan nasihat kepada semua warga sekolah dan masyarakat umum. Siaran langsung ini boleh di tonton sama ada dirumah atau pun di sekolah. Sila hubungi talian 03-20923757 untuk soal jawab secara interaktif dengan panel.
_________________________________________________________________________________
Pelawaan Menyertai Third International Conference On Science And Mathematics Education (Cosmed) 2009 Pada 10 Hingga 12 November 2009
Untuk makluman lanjut sila hubungi pihak Dr. Cheah Ui Hock di talian 04-6583266 atau email uhcheah@recsam.edu.my atau layari laman web http://www.recsam.edu.my/cosmed.
_________________________________________________________________________________
Kemaskini Rekod Peribadi HRMIS
Adalah Dimaklumkan Kepada Semua Warga Kakitangan Ibupejabat Jabatan Pelajaran Negeri Sabah Agar Dapat Mengemaskini Rekod Peribadi Masing-masing di Sistem Hrmis melalui capaian berikut https://hrmis.eghrmis.gov.my/ Sebarang pertanyaan mengenai sistem ini, sila rujuk di meja bantuan HRMIS .
_________________________________________________________________________________

MAKLUMAT TERBARU DAN TERKINI

KAKITANGAN SK. KUALA MENGALONG

KAKITANGAN

Pentadbiran Sekolah 2010
Guru Besar : En. Ramle Hj. Mohammad
Penolong Kanan 1
: En. John Patrick Mugang
Penolong Kanan HEM :
Puan Noorita Ajining
Penolong Kanan Ko-Kurikulum
: En. Sahari Sulaiman
Guru dan kakitangan sekolah

1. Osman Hj. Karim

2. Maidun Hj. sisak

3. Alfian Moksin

4.Mohd. Dun Ibrahim

5. Mohd. Shuhaimi Ashaari

6. Misa Dungkim

7. Nor Fairuz Mohd. Idris

8. Norhidayah Haron

9. Jamry Lazaru Isak Uta

10. Norfaizah Abdullah

11. Sinda Mahmud

12. Malisah Jocelyn

13. Mohd. Farid Khadis

Khamis, 25 Februari 2010

MSS Daerah Sipitang 2010



Kejohanan MSSD Sipitang 2010 yang berakhir pada 25 Februari 2010 telah meletakkan kontinjen Zon Selatan di tempat kedua, pencapaian yang lebih baik berbanding tahun lepas.Kontinjen kali ini telah memungut 4 Pingat Emas, 6 Pingat Perak, 4 Gangsa.

Sungguhpun begitu, pencapaian yang kira membanggakan dimana peserta lelaki Zon Selatan Adik Prosper George telah dinobatkan selaku Olahragawan pada kejohanan kali ini. Lebih membanggakan kontinjen perbarisan Zon Selatan yang diwakili oleh Sk. Banting telah mengunggulinya pada kali ini.

Tahniah kepada semua Jurulatih serta guru-guru Zon selatan yang telah memberikan komitmen jitu sehingga berakhirnya kejohanan ini kelmarin. Inilah hasil di atas kerjasama yang pihak tuan berikan kepada Pengelola Kejohanan Zon Selatan kali ini. Jumpa lagi pada tahun hadapan

Jumaat, 12 Februari 2010

Corat-Coret MSS Zon Selatan Kali Ke 10




MSS Zon selatan yang berakhir pada 11 Februari 2010 telah berjalan dengan lancar.Kejohanan ini telah dirasmikan penutupannya oleh YB Tuan Haji Ahmad Haji Bujang Adun N.28 Sindumin.SK. Melamam telah mengungguli kejohanan kali ini, diikuti Sk.Pantai dan tempat ketiga Sk. Lubang Buaya.Kejohanan seterusnya pada 2011 akan dikelolakan pula oleh SK. Melamam selaku tuan rumah.

Jumaat, 5 Februari 2010

MSS ZON SELATAN 2010

Majlis Sukan Sekolah-sekolah Zon Selatan kali ke-10 akan berlangsung di
SK. Kuala Mengalong pada :
Tarikh :10 Februari 2010-Rabu (7.30 pagi)
11 Februari 2010-Khamis(7.30 pagi hingga selesai)

Dirasmikan oleh :
YB Tuan Haji Ahmad Haji Bujang
Adun N.28 Sindumin

Isnin, 1 Februari 2010

Sukan Sekolah 2010

Kejohanan sukan SK. Kuala Mengalong akan berlangsung pada :

03 Februari 2010 (Acara padang)
04 Februari 2010 (Acara Balapan)

Dirasmikan oleh Yang Dipertua PIBG : En. Saffar Dulgapar

Rabu, 25 November 2009

SK Kuala Mengalong sepanjang 2009





Beginilah sebahagian gambaran yang berlaku di sekolah sepanjang tahun.

Sabtu, 21 November 2009

Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar



Sebahagian kemeriahan Hari Anugerah Pelajar yang diadakan pada 19 November 2009 lalu. Pelbagai acara menghiasi perjalanan majlis tersebut.

Jumaat, 20 November 2009

Aktiviti Unit Beruniform





Sebahagian aktiviti PBSMM SK. Kuala Mengalong yang berlangsung pada 20 November 2009 di perkarangan sekolah.

Arkib Blog